PENGHARGAAN
Terima kasih kepada Ustazah Ani Raihani Binti Rosli selaku pensyarah Pengajian Malaysia yang memberikan kami sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan kedatangan Islam di Tanah Melayu.
SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep seesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7m. pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedangang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13m.
Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu.
Manankala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16M, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu.
Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulaun Melayu.
FAKTOR - FAKTOR PERKEMBANGAN
Berdasarkan buku berjudul 'Theories on The Introcution and Expansion of Islam In Malaysia' karya Professor Cesar Adib Majul (1966) telah mengemukakan beberapa faktor sebagai pendorong kepada perkembangan Islam di Tanah Melayu antaranya ialah:
KEISTIMEWAAN ISLAM
1) Ajaran Islam sangat mementingkan konsep ketuhanan.
2) Islam juga ajaran yang menekankan tuntutan jasmani, rohani serta aqli sesuai dengan fitrah manusia.
3) Islam mengutamakan persamaan hak, akhlak yang mulia, persaudaraan sesama manusia dan sebagainya.
4) Islam merangkumi semua aspek kehidupan.
5) Islam merupakan agama yang mudah difahami, mudah diamalkan serta mudah dilakukan.
PEMIMPIN ATAU PEMBESAR
1) Pengaruh pemimpin atau pembesar seperti raja atau sultan sangat memainkan peranan dalam penyebaran agama Islam di Tanah Melayu ini.
2) Kebanyakannya negeri yang masyarakatnya begitu taat serta taksub dengan pemimpinnya akan mengikut agama yang dianuti mereka .
3) Oleh itu , jika pemimpin atau pemerintah mereka memeluk Islam secara tidak langsung masyarakat Melayu turut akan memeluk Islam berdasarkan konsep daulat dan derhaka kerana tradisi taat kepada pemimpin yang memerintah tanpa ada sebarang bantahan atau tentangan telah tertanam dalam jiwa raga masyarakat Tanah Melayu dari dulu sehingga kini.
PERSAINGAN PENYEBARAN AGAMA
1) Salah satu penyebab kedatangan pihak British ke Tanah Melayu adalah untuk menyebarkan agama Kristian di Asia Tenggara. Begitu juga semasa berlakunya peperangan salib sekitar abad ke-15 hingga ke-19 Masihi adalah untuk menyebarkan agama Islam dan Kristian.
2) Berdasarkan kefahaman, penerimaan dan penyebaran di rantau alam melayu terhadap agama Islam ialah kerelaan masyarakat melayu untuk menerima Islam, memahami kenapa mereka menerima Islam dan mengetahui tindakan mereka setelah memeluk Islam.
3) Para pendakwah juga sangat memainkan peranan serta membantu dalam memahami tasawur Islam yang sebenar. Di samping itu, faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya kerana ianya juga saling berkait rapat antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment